Friday, January 30, 2009

Bertugas di sekolah baru

Pada 31 Disember 2008 menerima surat dari tuan PPD Klang. Arahan bertukar dari SK Pelabuhan Klang ke SK Taman Klang Jaya. Walaupun hati berat untuk menerima tetapi atas kepentingan perkhidmatan dan kerana "saya yang menurut perintah" maka saya kena akur dengan pertukaran tersebut. Sebenarnya banyak lagi yang belum tercapai di SKPK. Hendak melihat SKPK satu sesi, bilik guru yang kondusif, pusat sumber lama yang baru dan perubahan pejabat sekolah. nampak gayanya kena minta tolong Pn. Paridah merealisasikan impian tersebut. Penolong Kanan, guru-guru serta staf sekolah seumpama abng,kakak, adik-adik dan anak-anak sendiri. walaupun berat mahu meninggalkan SKPK tetapi perjuangan perlu diteruskan. Didoakan SKPK terus maju dan berjaya mencapai visi dan misinya.

No comments: