Friday, January 30, 2009

SK Taman Klang Jaya/2009

jam 12.30 tgh.,31Disember 2008 melapor diri di SKTKJ. Suasana terasa berbeza sekali. Bilik Guru besar juga berbeza dari keluasannya. 01.01.2009 mengadakan perjumpaan pertama kali dengan semua penolong kanan kerana arahan PPD semua guru besar berada di sekolah baru pada hari pertama persekolahan. Pertemuan dan perbincangan berjalan lancar.
02.01.2009 hari orientasi tahun satu dan pra sekolah. Berjalan lancar. Hari itu berkenalan dengan ydp PIBG dan beberapa ajk. Perjumpaan bersama guru-guru jam 11.45pg untuk suaikenal. Tidak semua guru hadir pada hari tersebut.

Bertugas di sekolah baru

Pada 31 Disember 2008 menerima surat dari tuan PPD Klang. Arahan bertukar dari SK Pelabuhan Klang ke SK Taman Klang Jaya. Walaupun hati berat untuk menerima tetapi atas kepentingan perkhidmatan dan kerana "saya yang menurut perintah" maka saya kena akur dengan pertukaran tersebut. Sebenarnya banyak lagi yang belum tercapai di SKPK. Hendak melihat SKPK satu sesi, bilik guru yang kondusif, pusat sumber lama yang baru dan perubahan pejabat sekolah. nampak gayanya kena minta tolong Pn. Paridah merealisasikan impian tersebut. Penolong Kanan, guru-guru serta staf sekolah seumpama abng,kakak, adik-adik dan anak-anak sendiri. walaupun berat mahu meninggalkan SKPK tetapi perjuangan perlu diteruskan. Didoakan SKPK terus maju dan berjaya mencapai visi dan misinya.

Wednesday, January 14, 2009

permainan tradisional

ini adalah video clip permainan tradisional.